Waktu di Malaysia....


Powered By Blogger

Bekalan hari kiamat....

~ Rabu, Julai 28, 2010
Bukan untuk menakut-nakutkan...
tapi sekadar untuk memperingati...
dunia sekarang sedang mengalami pelbagai bencana...
adakah anda semua perasan??
khususnya..
taufan, gempa bumi dan banjir...
semuanya sedang berlaku dimana-mana sahaja...
mungkin ini salah satu petanda...
hari yang ditunggu bakal tiba..
cukup kah kita dengan amalan2??
tak mungkin akan cukup seandainya lupa untuk memperingati...
islam kah kita??
atas jumlah iman yang ada??
atau sekadar bicara di bibir??
pikir2 kan lah...
untuk bekalan kelak...
saya ada terbaca dalam buku yang berjudul...
KEMATIAN MEMBAWA PENGERTIAN...
(kalau tak silap lah)
mengurangkan angan2 di dunia...
macam2 yang kita angan2 kan bukan??
kadang2 bila angan2 kita tak dapat dikecapi..
segelintir dari kita menyalahkan qada' dan qadar ilahi...
tu lah sebab nyer..
kita kena kurangkan angan2...
bersyukur dengan apa yang ada...
belum tentu kita dapat nak kecap angan2...
mana tahu esok lusa...
malaikat maut menjemput kita??
bersediakah kita atau masih dengan angan2??
moga kita jauhkan lah sifat2 ini...
yang akan membawa kepada macam2 masalah...
justeru..
kepada kaum adam...
khususnya seperti saya..
laksanakanlah tanggungjawab anda dahulu sebagai anak...
memang boleh untuk mengecap kebahagian...
berkahwin kepada yang mampu...
tapi sudahkah kita membahgiakan kedua ibu bapa kita??
sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anak??
tanggungjawab kita sebagai kaum adam ini lebih berat dari kaum hawa...
yang mana...
kaum adam masih terikat dengan tanggungjawab keluarga...
kaum hawa sudah tentu tanggungjawabnya pada suami sahaja...
tanggungjawab yang dipikul dan digalas ini akan ditimbang kelak...
sewaktu semua makhluk allah dimuka bumi ini...
berhimpun di satu kawasan yang lapang...
semuanya atas kemahuan masing2...
kerana kelak...
semuanya bergantung atas amalan masing2...
sewaktu mereka masih ada ini..
laksanakanlah tanggungjawab anda....
kalau dah tak de nanti...
baru nak terhegeh2 meratapi pemergiannya...
sekarang dah banyak individu....
jadi trend...
anak lupakan jasa ibu bapa..
ibu bapa dibiarkan begitu sahaja...
yang dikirim hanya wang..
jikalau saya ditempat ibu bapa anda...
mereka tidak mahukan wang anak semata2...
sekurang2 nya..
jenguklah mereka sewaktu ada kelapangan..
yang mereka tagihkan adalah kasih sayang anda...
sebagai seorang anak...
kerana andalah yang bakal memandikan mereka..
anda lah yang akan mengkafankan mereka....
kerana andalah yang akan mengkebumikan mereka...
turun bersama2 mereka mengusung jasad yang tersayang...
hantar sehingga ke liang lahad...
tempat insan yang tersayang disemadikan...
sungguhpun ia hanya fardhu kifayah..
namun lebih afdal...
jika anak2 nya menghantar mereka menemui ilahi...
moga dikesempatan ini...
saya ingin anda2 semua yang membaca entry ini...
pikir sejenak...
betapa besarnya pengorbanan mereka selama ini....
mungkin ada sesetengah mempunyai latar belakang keluarga yang kurang menyenangkan...
namun...
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi??
tanpa mereka...
tiadalah kita di muka bumi allah ini...
insyaallah...
mungkin kesilapan lalu,
kita jadikan iktibar agar tidak kita ulangi dalam keluarga yang kita bina...
 pengalaman yang kita lalui...
adalah pengalaman yang berharga...
agar keluarga yang kita bina lebih baik dan lebih terurus...
panjatkan doa buat yang tersayang..
agar ditempatkan dikalangan insan2 yang dirahmati...
al-fatihah

1 comments:

ummu berkata...

salam Afiq
yalah kadang kala rasa seriau jer.macam2pkra dah berlaku kan.erm, kalau tentang buang baby tu, rasanya ibubapa dan guru dah naik jenuh memberitahu mana yang baik dan tak baik...
salam ramadhan untuk afiq ya
TQ sudi singgah ke blog myukhuwah akak tu